Rabu, 14 Desember 2011

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

10 Sifat Calon Suami Yang Baik Sebagai wanita pasti mendambakan seorang lelaki yang baik menjadi suami. Kita melihat seseorang lelaki itu pada kerjaya mereka atau pada kebaikan mereka.? Kadang-kadang kita tersilap melihat lelaki pada kerjayanya. Kita beranggapan lelaki yang baik adalah lelaki yang mempunyai kerjaya yang membanggakan. Sebenarnya seorang lelaki yang baik adalah terletak pada agamanya. Ramai yang beranggapan mereka yang beragama adalah mereka yang dari sekolah agama ustaz dan imam. Tanggapan ini adalah tidak benar, kita silap andai beranggapan mereka yang bersekolah agama dan mengetahui tentang agama adalah lelaki yang baik. Kadang-kadang dari kalangan mereka juga ada yang buruk sikapnya dan bertindak kasar. Jadi ini juga bukanlah ciri-ciri lelaki yang baik untuk dijadikan suami. Tau agama dengan beramal dengan agama adalah sesuatu yang berbeza. Berikut disenaraikan di antara 10 sifat calon suami yang baik: 1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan. 2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. 3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya. 4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalah gunakan kuasa dan kedudukan. 5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. 6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap. 7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian. 8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama. 9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya. 10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan. Wanita, bijaklah memilih lelaki sebagai pendamping hidupmu. Lihatlah pada sikap dan sifat- sifat terpuji yang ada pada mereka. Andai ada di antara lelaki yang kamu kenali mempunyai sifat-sifat terpuji di atas jadikanlah mereka sebagai pendamping hidup kamu. Berdoalah agar diberikan jodoh yang baik dan soleh walaupun seperti agak payah untuk menemui lelaki sedemikian pada zaman ini tapi insya ALLAH dengan doa dan izin ALLAH pasti menemuinya............ insyaALLAH... From facebook : #Suami Soleh Suami Idaman (SSSI)

1 komentar:

Segi369 mengatakan...

ah, suami yang baik di dunia ini mah cm egoy seorang,,

Posting Komentar

 
Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design